»

Sunday, May 20, 2012

Sharing is Caring


As salam kepada sahabat yg masih lagi sudi membaca blog sy ni..hihih...lame xupdate kan.kan..sebok ngan anak2..lagi2 dh menimang chy mate yg baru ni..now dh 2month my bb Dhia Maisara..hehe...nati upload pic yea..hehe..

sedikit sebyk nk share pasal tip tangai anak2...ok..coww...rajin2la membace, pnjng skit..huhu
  • Jangan pukul anak dari lutut keatas
  • Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
  • Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok denganmereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga
dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita... Tips:

  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  •  Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



    Semoga sama2 dapat mengamalkan tip di atas dengan sebaik mungkin..kesabaran yg tinggi perlu ada pada ibu n ayah dlm mendidik anak2...(yess mmg kene sabauu sgt, tp kekdg ilang sabau nye..waduhhh)
      
       ok..wasssalam


Tuesday, January 10, 2012

:: Mimpi berulang kembali ::



Mimpi yang sama berulang kembali....apa petanda ni yea?? ermm, takde ape2 petanda kot..mybe aku terlalu RENDUKAN SEMUA ITU.......


**iklan kejap..huhu..**

Semlam penuh kedukaan, ku kenal erti percintaanmu, tewas akhirnya kesabaranku, yg sering aku pertahankan, dengan linangan air mata, terlucut jua genggaman tangan, puas aku menahan, langkahmu makin ke depan, pepatah pujangga turut berkata, yg patah kan tumbuh penghujungnya, tetapi hatiku tak dapat menerima, yg datang tiada serupa......

**tamat...huhuhu..**


Orang cakap kan klu mimpi berulang2, mimpi yang sama tandanya ade orang sihir kita...alaa aku tak pecaya sangatlaa....kekadang kite terlalu pikirkan perkara tersebut boleh jadik masok dalam mimpi gak..tui x??hehehe...


ape pon RENDU...Mood RENDU...


Hati & perasaann jangan di paksa, klu di paksa buruk padahnya...klu boleh undur masa, senangla kan...banyak cekadak nk undur masa...dah xde mase daaa..kakakaka...


Okla...takde ape pon nk di cerita, cite lebih2 karang ade lak yg salah anggap and jadik buah mulut orang....payah..payah..huhuhu..


OK. Selamat..

Sunday, January 8, 2012

::not happy::

Dah sekian lame aku tak rasa happy....bahagia...aku xsuke care macam ni...aku thu aku kene bekorbann buat sementara waktu ni...tp lame2 rase sunyi jgk .. rase bosan jgk...ntahlaa...



banyak pekara yang aku pendam, aku simpan dalam hati...aku sendiri tak pasti pada siapa aku nk luahkan..tapi yg aku pasti lebih baik berdiam dari besuare...lagi aku besuara lagi parah, lagi banyak yg terasa..so diam lagi bagus....


orang sekeliling xkan memahami apa yg kita lalui, tau kenapa?? sebabnye manusia xsmua same and dia xmelalui kehidupan yg sedang kite lalui skarang...so jangan ckp senang...jgn ckp lepas....manusia cite sane ...cite sini...buruk orang ni ..buruk orang tu..baik depan, blakang macam2 di kutuknya...ade lak tu kutuk habis2...aku kekdg tak suke, tp mendengar lebih baik daripada cube masok campo atau menambahkan lagi keburukan tersbut...betul x?????



::: aku benci, tak suke pada laki yg EGO tak menentu :::


::: Suke sangat lelaki yg amat prihatin orangnya :::


::: Aku amat menyayangi anak2 ku Damia & Sofea, dialah jantungku, dialah penawar di kala aku berduka, dialah peneman di kala aku sunyi, tanpa beliau aku akan sunyi sepanjang hari :::


::: IBU SAYANG KAKAK & ADIK & BABY yg bakal keluar xlame lagi..:::

.....airmatakumengalirjekenapalaerk....










Monday, December 19, 2011

::Kisah Sepi:

Bisikku kepada bulan...

Kembalikan Temanku, Kekasihku, Syurgaku...


Tanpa dia malam menemaniku...

Sepi Memelukku...


Bulan jangan biar siang...

Biar alam ini kelam...

Biar ia sepi sepertiku..


Sajak FILEM SEPI yang mengguris hati...


aku baru je tengok cite "SEPI" ...meybe aku ni ketinggalan pasal cite ni..tp akhirnya aku tengok selepas rase bosan xtahu nak wat ape kan..hehehe.....layan je la..so ade la sedikit imbasan daripada FILEM SEPI yang aku layan sebentar tadi..huhuhu...


Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti CINTA, KEHILANGAN dan KESEPIAN. Adam, seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan masterpiece untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait didalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya...



BAB SUFI: Sufi kehilangan istri tercinta buat selamanya dan cube melenyapkan memori pemergian istrinya, akhirnya berjaya di lenyapkan setelah berjumpa dengan "Marya(eja)" tp Marya telah berkahwin, namun Sufi tetap percaya kepada takdir, dia tetap menaruh harapan yg tinggi kepada Marya walupun Marya telahpun berkahwin hinggalah akhir hayatnya... Begitu juga Marya yg telah bersuami, namun hatinya telah di milikki oleh lelaki lain (SUFI)....dia teruskan hidupnya bersama suami demi kebahagiaan anaknya. ( ini kate2 Marya dalam FILEM SEPI time dia terus terang pada SUFI yang hatinya(Marya) telah di berikan kepada SUFI...cewwahhh...jiwang lebih..akkaka....


biasela baru layan kan...sebelum ni malas nak tengok, now takde ape nk di buat , so aku cubelah layan cite romantis ni...dah lame x romantis katekan..kakakaka....


Ok sekian sahaja la entri :KISAH SEPI: yang aku ingin sampaikan.....wah..wah...suke hati je layan cite SEPI waktu keje..kekeke...**aahhh lantakla, dh buntu xtau nk wat ape kan..kekekek**

Wednesday, November 23, 2011

::Kisah Semalam::

Assalam semua...jarang betul aku nk update blog now ni.... sampai kn ade opismate aku yg slalu bace blog aku ( xsangke dia slalu bukak..hehee) menegur:


"orang nk bukak blog, dia nk jgk, tp tak update2"....( itu dia..kan dh kene..hahaha)..

ok sambung entri berkenaan tajuk yg aku nak coretkan..ehhe...Kisah Semalam...


Bermulanya dengan kata2.......


Hati sukar untuk di fahami...


Mulut sukar untuk berkata2...

fikiran entah ke mana2....adoiiiii

Semalam tidurku amatlah tidak lena...ape yg bermain di pikiran ni? ayokkk...aku mule tido jam 12 malm...tetibe cakkkkk...mateku terkelip2, cube pejam tp xdapek lor..(waktu ni jarum jam berada di no 3) .. waduhh...apooo yg aku pk ni....sampai la aku bangun solat subuh, xtido2...masak nasi goreng n pegi keje...ngantukkkkk...zzzzzzz


hatiku tak tenang, fikiran ku melayang2....tetibe terpikirkan sesuatu yg penah terjadi b4 ni..owhhh tidak mungkin...noo..noo..nooo...tidaaaakkkk....


kebetulan anak aku SOFEA terjage jgk...klu dia terjage habis la aku, nak tido balik mmglah susah..kejenye nk main waktu orang tgh tido...aku layan je laa...dia suke cium aku, and cium baby dlam peyut aku ni..hehee....(hepinyee aku time anak2 sayang aku n sayang baby dalam peyut) walaupun ayahhnya xbuat..(jgn marah nooo, realiti kan ...hehee).


sehinggala SOFEA tido jam 6.30 pagi..ini pon sebab dia mintak susu...terus lelapp ... sampai la aku hangkut dia bawak ke rumah pengasuh..sambung tido sane pulak..hahaha..SOFEA...SOFEA...(susah ni nk tidokan dia)..


Aku dengan mata yg kuyu, bengkak di sebabkan tak lene malamnya mula bergerakk menuju ke tempat mencari rezki selepas hantar anak2 comey ke umah pengasuhnya...aduhaii ngantuk, penat...dalam otak ni masih bermain2 perkara yg same..tp cube abaikan..hehe...

Harap tiada apa2 yang berlaku sepertimana yg di fikirkan olehku...AMIN.


Sunday, October 16, 2011

:: Minggu yang penat & buzzzyyy ::

Assalam smua..


Ampun dan maaf bcoz lame betui aku xupdate blog n x blogwalking....mood aku ilangg nk tgk blog lagi...tp now aku cube la nk update, kembali kan keserian blog aku ngan celoteh mengarut dariku...kisahku..tentangku..and smua la... ape pon sekadar coretan yg xseberapa indah..hehe... TQ juga kepada yg masih sudi menjenguk Blog aku walupun x di update..kekek(ade ke?).


Dua minggu lepas adalh minggu yg amat sebok untuk aku..biase aku xde sebok macam ni....biasenye time keje aku 8pg hingga 5.15ptg...itupn ade yg pegi kluar makn....rileks kejap..macam2 la...tp 2 minggu lepas aku telah di beri tugasan secara tibe2 ... tp aku terima sbg tugasan aku sendiri.... sahabtku tetibe jatuh sakit, so smua keje dia aku ambik alih..harap dia sembuh sepenuhnya..amin.


dari biase aku balik awal...start 2 minggu lepas aku dah mule berkampung di opisku...smpai 2.30pg pn aku still di opis...meybe org pelik kan knp smpai lewat mlm masih di opis..org len sebok jgk...tp itulah hakikatnye seorang "EDITING" ... byk mende aku kene setelkan...montaj, video, keje2 grafik...tp itu pon dah passss kt member aku......time kasih bebyk kpd shabatku ZARINA ALIAS kerna terlalu byk membantu aku...dan time kasih jg pada yg membantu...


mungkin org ckp " hiii org len pn sebok jgk kan, tp boleh je nk lepak2...nk poye2" tp tdk aku...sbb mase terlalu suntuk...EDITING masih dalam proses...ini teknikal gile pe aku nk tgal cam tu..nk siapkan keje sambil lewa...ishh...ni tuk event yg besoo bebbb...xkan aku nk wat yg simplee je...walupn aku di hanye di perlukan semntara tp dah itu tjawab aku...ape pon aku jgk yg kene, name aku jgk yg buuruk..plssss la pahamm.....ermm....


Terus terang aku ckp EDITING ni sgt memenatkan...aku hampir pengsan...sbnrnye tugasan ni boleh setelkan dri awal lg. tp kite xtahu ape nk jadi kan...tetibe je keje ni di serahkan pd aku atas sebb sahabatku jatuh sakit..harap dia sembuh sepenuhnya... dan aku harap jgk, aku tidklah di perlukan hanye waktu ini shj...jangn pulak ade pihak yg takot nk serahkan tugas kpd aku di sebabkn tgk keadaan aku yg tak berapa sihat...udah itu kejeku...itu JOB aku....so xde masalah tuk aku uruskan...meybe aku kurang keyakinan...yesss..betol aku mmg jenis xyakin diri..dri dlu lagi...


Bila ada sikap xyakin pd diri sendri la, aku byk sgt buat kesilapan dalm idupku... begitu jg dengan perasaan aku sendiri...aku xyakin ngan ape yg aku nk...ape pon suratan telah tertulis..huhu..


Now minggu ni aku dah mule legee....keje spt biasa...spt sblmm 2minggu lepas....plsss, jgn ade pihak yg abaikan aku, klu JOB aku dot..dot..dot..pleasee passs to me....Klu lah ade yg mengate tentang diriku..aku pasrahh je....hehehe....


Aku rendu life aku bersama anak-anakku Damia & Sofea...dan tak lame lagi aku bakal menerima cahaya mata yg ke3...Rezki aku ..cepat je melekat....alhamdulillah aku bersyukur aku di kurniakan anak yg cukup sempurnaa....


Ayat sedih dari anakku damia :


" Kakak tengok tv, kakak nampak dalam tv macam ibu, kakak sedihhh....ibu takde"waaaa


saat ini aku cukup sedih, di sebabkan kesbokkan dengan tugasan yg melanda......mase untuk aku bersama anak 30minit shj dalam mase sehari....ape pon xselalu...keje aku bermusim...harap memhami keadaaanku....


Sebenarnya aku kecewe, sedih....namun aku cube sembunyikan...aku xnak melayan perasaan ini..biarkan ia berlalu dengan gelak tawaku...


Last celotehku :

kepada semua kaum wanita plsss jgnlah malass....aku betul2 sakit mate memandang tgk kemalasan orang...terutama wanita...aku datang dri kg, belajar..kawen, tp alhamdulillah aku cube rajinkan diri aku sendiri terutama klu berada di rumah orang....and kebersihan tu jagee yea...jgn jg pemalasss....sangggup duduk dalam keadaan bersepah, kotor....ishh..pelik aku.....


Sekian sahaja celotehku yg panjang melebar ni..ehhe.....

Tuesday, June 7, 2011

::Salvatore ferragamo::

hii smua... aku kembali ke blog haku ABELALING...hahahah.... sbenornya aku dah banyak sangat nk cite, tp mase tak mengizinkan aku tuk update ini blog.namun akn ku cube tuk update selepas ini... harap2 boleh laa..ehhee...semenjak dah ada BF baru kan.. boleh la kot..haha


Now, klu di tengokkan tajuk ke main lagi kan.. ape tu? alaa kawann2 mesti dah tau punye la ... name itu jenama..keke.. ape dia? cube teke? hahahaa... dah tau erk.. itula perfume..keke



bulan lepas my husband & Th GENG ke Johor Bahru....so time ni ada la yg ambil peluang ke SIngapore kan... nk jalan2 cuci mate,sopin2, window sopin..mcam2 la... tp My Husband idak pegi pn..dia hanye berada di negeri Joho sahaja...huhu..



tp walupun dia xpi ke Singapore, dia still nak belikan sesuatu tuk aku kan..hahaa.. ( kononss laa) aku sbenarnye tak budget pon dia akan belikan sesuatu...yess..mmg idak di sangko la...hehe





yola..mase balik takde ape2 pn dia bawak kan... dah seminggu balik dari sane, tengok2 muncul sesuatu...hehe.. terus kasik kat tangan aku...


aku : aikk perfume?? perfume sape ni??


abg : perfume abg beli

aku : owhh...perfume ape? abg erk? ( aku xigt cam mne ayat aku..lebih kuwang la)

abg: perfume laling arr

aku : perfume ateng? haaaa...( muke pelik, nada suare cm slow skit time ni..keke)

abg : abg beli tuk laling arr

aku : lorr yeke..hahaa( itu je jawabnye..) trus ckp wangiii nyaa..kaka


**time ni dia kasik depan2 kawan2 aku laa..hahaha....**

net : wangiinya ateng

aku : a'ahh wangi kan...huhuu...pelik nye botol dia

net : cakap ape? cakap ape?

aku : terime kasih la..

net : ckp ape ..cakp ape???

aku : udahla..aku dh ckp timekasih arr

net : ckp la.. time kasih abeee..hehehe

**nyakat betui la minah ni..keke...**


ape pon... aku bersyukur sangat my husbnd still ingat aku walupun aku sangkakan dia mesti tak ingat nye laa .. rupenye tidak..sangka ku dusta belaka...

aku ambil kesempatan dalam blog aku sendiri ni.. nk ucapkan terima kasih... ribuan terima kasih for my husband kerana sudi belikan aku perfume... lagi2 perfume aku mmg dah habis kan.. TQ veryy..very muchh... Semoga aku sentiasa dalam ingatanmu...huhuh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...